Nabi Pintar Membaca dan Menulis
Asslamu'alaikum - Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para
ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada buta
huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158),
dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa
ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
Sebenarnya, ajaran itu palsu. Kepalsuannya dapat didedahkan
dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an.
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan membuktikan bahawa
ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar dalam
Islam. Antara ayat yang dimaksudkan berbunyi:
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy seorang
rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,"
(62:2).
Ummiy
Kaum yang ummiy yang disebut di dalam ayat itu adalah kaum
Arab. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap
tinggi dalam kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan
digantung di Kaaba. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika
itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam
kepercayaan bukan dalam pelbagai bidang lain.
Kalimat ummiy, menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang
tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum
Arab seperti yang telah disebut.
Kaum Yahudi pula telah diberi tiga buah Kitab melalui
beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka,
orang-orang Arab, belum diberi sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan
kepada Nabi Muhammad. Lantaran, orang-orang Arab dikatakan ummiy sebab belum
menerima Kitab Allah.
Untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan
dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan
kaum ummiy (yang belum diberi Kitab) atau buta Kitab. Firman-Nya:
"Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu
mempercayakan dengan satu timbunan, dia akan mengembalikannya kepada kamu; dan
antara mereka ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu dinar, dia tidak
akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas
(menagih) dia. Itu adalah kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami
terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu orang Arab).' Mereka
berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:75)
Ayat di atas menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi
(ahli Kitab) untuk mengembalikan "hutang" kepada orang Arab, yang
ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta Kitab), atas sebab "tidak ada
jalan" bagi mereka terhadap orang ummiy. Sikap macam itu seakan sama
dengan apa yang disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap orang yang
mereka anggap kafir pada hari ini.
Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi
hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:
"Dan katakanlah kepada orang-orang yang diberi
al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah kamu
tunduk patuh?'" (3:20)
Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf,
lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis.
(Sila rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)
Membaca
Selanjutnya, terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang
mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada
orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan Nabi pandai membaca.
Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:
"Dan kamu (Muhammad) bacakanlah kepada mereka cerita
dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah, 'Marilah, aku (Muhammad) akan membacakan
apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'" (6:151)
"Demikianlah Kami mengutus kamu (Muhammad) kepada satu
umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa
yang Kami mewahyukan kamu ...." (13:30)
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan,
untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami
menurunkannya dengan satu penurunan." (17:106)
"Aku (Muhammad) hanya diperintah untuk menyembah
Pemelihara tanah ini, yang Dia menjadikannya suci; kepunyaan-Nya segala
sesuatu. Dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang yang muslim, dan
untuk membaca al-Qur'an ...." (27:91-92)
"Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk
menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu,
sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu
daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34). Di sini, Nabi didapati
membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah mereka.
Malahan, rasul-rasul Allah yang lain didapati pandai membaca
kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu
adalah juga tugas Nabi Muhammad. Dua ayat yang berikut menjelaskannya:
"Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam
kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya,
pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Tidakkah
rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan
membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu
terhadap pertemuan hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar ....'"
(39:71)
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang
Arab) seorang rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk membacakan
ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)
Tambahan pula, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa
seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia menyuruhnya dan manusia
lain supaya mengamalkan tabiat membaca, seperti firman-Nya - "Bacalah
dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)
Menulis
Bukan sahaja didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai
membaca, malah, baginda juga didapati pandai menulis. Kebenaran itu telah
diakui sendiri oleh orang-orang yang tidak percaya yang tinggal bersamanya.
Firman-Nya:
"Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang
dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan
petang.'" (25:5)
Terjemahan ayat tersebut telah menimbulkan keraguan
sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan,
pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj.
Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang
berbunyi:
"Mereka berkata: (Qur'an ini) kabar-kabar dongeng
orang-orang dahulu kala, yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan
(didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang." (25:5)
Kedua, kalimat yang diterjemahkan kepada
"menulisnya" ialah iktataba. Kalimat itu penting kerana, difahamkan,
mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang kedua sedang
mengimlakkan."
Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi ayat yang bukan
sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk menghapuskan sama sekali
keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini pandai membaca dan menulis, termasuk
membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:
"Tidaklah sebelum ini kamu (Muhammad) membaca sebarang
Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah
orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)
Ia menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis
sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima
al-Qur'an baginda telah membaca, dan menulis Kitab dengan tangan kanannya.
Seterusnya, ayat itu tidak menunjukkan pula bahawa baginda
tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain daripada Kitab sebelum
menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan menulis apa yang diperlukan dalam
urusan perdagangannya).
Dengan adanya bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka
terdedahlah fitnah yang kian lama dilakukan oleh para ulama palsu Islam ke atas
Nabi Muhammad yang mereka menyiarkan sebagai seorang yang tidak tahu membaca
dan menulis, atau buta huruf. Sesungguhnya mereka menghina Nabi dengan berbuat
demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah orang-orang yang paling
mengasihinya.
Rasulullah SAW menyatakan dirinya tidak bisa membaca ketika
bertemu Jibril pertama kali yang meminta beliau untuk membaca lembaran yang
dibawanya.
"Tatkala ia sedang dalam keadaan tidur dalam gua itu,
ketika itulah datang malaikat membawa sehelai lembaran seraya berkata
kepadanya: "Bacalah!" Dengan terkejut Muhammad menjawab: "Saya
tak dapat membaca". Ia merasa seolah malaikat itu mencekiknya, kemudian
dilepaskan lagi seraya katanya lagi: "Bacalah!" Masih dalam ketakutan
akan dicekik lagi Muhammad menjawab: "Apa yang akan saya baca."
Seterusnya malaikat itu berkata: "Bacalah! Dengan nama Tuhanmu Yang
menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu Maha
Pemurah. Yang mengajarkan dengan Pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang
belum diketahuinya ..." (Qur'an 96:1-5) (Haekal)
Rasulullah Muhammad SAW juga menyatakan dirinya dan kaumnya
"ummiy" dengan penegasan maksudnya "tidak menulis dan tidak
menghisab" terdapat dalam hadits riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan
Ibnu Umar "Nahnu ummatun ummiyyatun laa naktubu walaa nahsubu" (Kami
ummat yang ummiy, tidak menulis dan tidak menghitung).
Hadits ini bisa menjelaskan makna "ummiy" pada QS.
7:157 ("... orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummiy...")
memang berarti buta huruf. Sejarah hidup Rasulullah juga mengisyaratkan
Rasulullah SAW tidak belajar membaca dan menulis, karena hidup bersama kakek
dan pamannya bukan hidup yang berkecukupan sehingga waktunya habis untuk
bekerja. Ahli sastra yang ada pada masa itu, saya kira, hanya kaum elit yang
jumlahnya tidak terlalu banyak. Sastra lisan mungkin sangat maju, tetapi sastra
tulis belum tentu. Setahu saya, bangsa Cina salah satu (atau satu-satunya)
bangsa yang punya kebudayaan tulis sejak dahulu yang dikenal maju sehingga ada
hadits "Tuntutlah ilmu walau di negeri Cina". (Catatan admin: tentang
hadits ini silakan baca uraian penting di sini)
"Ummiy" tidak berarti bodoh, sehingga memaknai
"ummiy" sebagai buta huruf tidak akan merendahkan kemuliaan
Rasulullah. Salah satu sifat Rasul adalah cerdas (fathonah). Nabi Muhammad SAW
"ummiy" bisa jadi Allah yang mengaturnya, agar Al-quran yang dibawanya
tidak menimbulkan keraguan sebagai tiruan kitab-kitab sebelumnya.
"Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Qur'an)
sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan
kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang
yang mengingkari(mu). Sebenarnya, Al Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di
dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari
ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim" (QS 29:48-49)
Wassalamu'alaikum wr. wb.,
Penulis : T. Djamaluddin






0 komentar:
Silahkan tinggalkan komentar !
Semoga komentar sobat dapt bermanfaat bagi blog ini.